Site icon TechNave BM

Facebook dan Instagram kini benarkan pengguna untuk sembunyikan bilangan “like”

Dua perkhidmatan media sosial popular Facebook dan Instagram kini membenarkan pengguna untuk menyorokkan bilangan sukaan (like) di dalam setiap kandungan mereka. Fungsi ini telah diumumkan pada 2019 namun ia hanya disediakan kepada pengguna pada tahun ini.

Pengguna boleh menetapkan untuk menyembunyikan bilangan sukaan dalam semua kandungan atau kandungan-kandungan terpilih sahaja. Buat masa ini, fungsi kandungan terpilih hanya disediakan dalam Instagram namun ia dijangka akan diperkenalkan dalam Facebook tidak lama lagi.

Facebook telah digesa untuk memperkenalkan fungsi ini setelah pelbagai kajian kesihatan mental mengatakan jumlah sukaan boleh menjejaskan tahap kesihatan mental untuk golongan remaja dan belia. Dengan menyembunyikan jumlah sukaan, pakar kesihatan mental berharap ia boleh mengurangkan kegusaran atau tekanan rakan sebaya yang dialami oleh orang muda.

Beritahu kami di Facebook jika ini perkara yang anda mahukan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram Blog

Exit mobile version