Site icon TechNave BM

Facebook gantung akaun atau tanda produk jika terlibat dengan ulasan palsu

Facebook telah lama mengambil tindakan terhadap ulasan palsu, namun kini mereka lebih tegas mengenai isu ini. Seperti yang dinyatakan di The Verge, Meta telah mengemas kini Community Feedback Policy di Amerika Syarikat (AS) untuk mengharamkan ulasan palsu dan berbayar pada platformnya. 

Pengguna tidak boleh membuat ulasan palsu atau menerima bayaran untuk meninggalkan pendapat yang menarik tentang sesuatu produk. Media sosial tersebut turut melarang ulasan yang tidak berkenaan, spam dan kandungan grafik yang tidak sepatutnya. 

Meta akan menarik ulasan yang melanggar polisi dan menggantung akses kepada produk mereka. Kebiasaannya, mereka yang melanggar polisi akan digantung atau mendapat larangan untuk akaun Facebook mereka dan peniaga boleh kehilangan akses dalam penyenaraian dan tanda produk.

Setakat ini, Facebook telah mengambil tindakan terhadap 16,000 kumpulan ulasan palsu pada tahun lepas. Polisi rasmi ini menunjukkan komitmen untuk menangani masalah serta mengelakkan isu yang lebih besar berlaku.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Engadget

Exit mobile version