Site icon TechNave BM

Facebook ingin bantu pengguna jadi “rapper”

Facebook telah melancarkan aplikasi bernama BARS di mana pengguna boleh berkongsi bakat dalam lagu rap menggunakan ratusan rentak (beats) yang telah disusun oleh pemuzik profesional. BARS juga akan membantu pengguna menghasilkan lirik yang beritma, menyediakan penapis (filter) audio dan video serta fungsi autotune.

Buat mereka yang gemar berentap dalam rap battle, pengguna boleh berinteraksi dengan Challenge Mode di mana mereka perlu rap secara bebas (freestyle) berdasarkan perkataan yang dijana secara automatik untuk “melawan” rapper lain. Pengguna boleh menghasilkan video rap selama 60 saat dan boleh disimpan dalam telefon atau dikongsi dalam media sosial.

Setakat ini, BARS hanya boleh didapati dalam Apple App Store di Amerika Syarikat. Ia juga dilihat seperti Facebook ingin menghasilkan aplikasi video pendek yang boleh menyaingi TikTok, di mana pelbagai video rap pendek telah banyak dihasilkan.

BARS adalah inisiatif terbaru daripada Facebook dalam program New Product Experimentation (NPE), sebuah program pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang bertujuan untuk membantu pembinaan aplikasi yang unik. Sebelum ini, Facebook juga telah melancarkan aplikasi kolaborasi muzik dan aplikasi hubungan jarak jauh di bawah naungan NPE.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan BARS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook NPE

Exit mobile version