Site icon TechNave BM

Facebook kini capai 2 bilion pengguna aktif setiap hari

Hampir 20 tahun penubuhannya, Facebook masih berkembang sehingga hari ini. Rangkaian sosial kini mempunyai 2 bilion pengguna aktif setiap hari seperti yang dilaporkan oleh Meta. Ini kali pertama Facebook mencapai 2 bilion pengguna harian.

Walau bagaimanapun, Facebook bukanlah platform pertama milik Meta yang mencecah 2 bilion pengguna kerana aplikasi WhatsApp telah mencapai angka tersebut sebelum ini. Namun, ia menunjukkan bahawa sumber pendapatan iklan terbesar syarikat itu masih berkembang walaupun Meta telah membuat pengurangan ketara pada operasi Facebook.

Pendapatan Meta telah menyusut sepanjang tahun lepas dengan syarikat itu dijangka mengurangkan lagi projek. Mark juga berkata bahawa AI generatif akan menjadi keutamaan untuk Meta pada tahun hadapan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: engadget

Exit mobile version