Site icon TechNave BM

Facebook lancarkan aplikasi muzik dan “jamming” bernama Collab

Divisyen New Product Experimentation (NPE) di Facebook telah mengeluarkan satu aplikasi baru bernama Collab yang membenarkan pengguna untuk main muzik bersama-sama walaupun mereka berada berjauhan. NPE membangunkan aplikasi tersebut sejak bulan Mei dan kini para pengguna boleh mendapatkannya dari Apple App Store.

Para pengguna boleh merakam klip video 15 saat di mana mereka boleh menyanyi atau bermain alat muzik. Pengguna boleh memulakan susunan muzik yang baru atau menyumbang kepada susunan muzik yang telah dimainkan oleh pengguna lain. Collab juga boleh melaraskan tempo bunyi dan keseragaman video untuk menghasilkan lagu akhir yang menarik.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/12/RemixV5__Final-1.mp4

Tiga pengguna boleh dimainkan dalam satu video Collab secara serentak, malah NPE mengatakan aplikasi ini boleh digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan bermain muzik. Aplikasi ini menyerupai fungsi Duet dalam TikTok, namun Collab lebih ditujukan kepada penghasilan lagu dan muzik.

Setakat ini aplikasi tersebut hanya terdapat dalam Apple App Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Collab dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook NPE Blog

Exit mobile version