Site icon TechNave BM

Facebook lancarkan fungsi avatar di AS

Facebook telah melancarkan sebuah fungsi karikatur yang dinamakan Facebook Avatars untuk para pengguna di Amerika Syarikat (AS) di mana ia boleh digunakan dalam ruangan komen, gambar profil atau permesejan. Fungsi ini lebih kurang sama seperti BitMoji, di mana pengguna boleh mereka sebuah karikatur yang melambangkan diri mereka sendiri.

Fungsi ini sebenarnya telah dilancarkan pada tahun lepas di Australia, namun ia masih tidak ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia. Selain AS dan Australia, Facebook Avatars hanya ditawarkan di Kanada dan beberapa negara Eropah. Setakat ini, pengguna Facebook di Malaysia masih belum mendapat fungsi ini.

Facebook adalah syarikat teknologi terkini yang memperkenalkan sistem emoji mereka sendiri, seperti BitMoji yang dimiliki oleh Snapchat dan MeMoji yang dimiliki oleh Apple.

Adakah anda berminat untuk menggunakan Facebook Avatars? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version