Site icon TechNave BM

Facebook melarang semua acara yang melanggar peraturan penjarakan sosial

Berikutan beberapa acara demonstrasi di Amerika Syarikat (AS) yang menentang perintah berkurung oleh kerajaan-kerajaan negeri, Facebook kini bertindak melarang sebarang acara yang melanggar peraturan penjarakan sosial bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Facebook bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam AS bagi melaksanakan tindakan ini. Syarikat media sosial itu juga ingin mengelakkan penularan berita palsu berkenaan penyakit COVID-19 dengan membuang maklumat yang tidak sahih.

Beberapa kumpulan di Amerika Syarikat baru-baru ini menganjurkan demonstrasi jalanan untuk mendesak kerajaan menamatkan perintah berkurung. Ini telah meningkatkan risiko jangkitan di negara itu yang kini sudah pun menjadi negara yang paling terjejas teruk oleh penyakit itu.

Beritahu kami pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version