Site icon TechNave BM

Facebook membantu pengguna untuk mengesan berita lama

Facebook kini akan memberitahu anda jika pautan yang anda ingin kongsikan adalah berita yang lama. Kemas kini ini akan mula di lancarkan di seluruh dunia bermula hari ini bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan berkenaan keadaan semasa sebuah berita tersebut.

Sebarang berita yang lebih dari 90 hari yang lepas akan hadir dengan notifikasi sebelum berita tersebut boleh dikongsikan. Facebook juga merancang untuk mencuba beberapa jenis notifikasi yang lain dalam bulan yang mendatang. Salah satu contohnya adalah Facebook akan menunjukkan pengguna ke pusat maklumat COVID-19 sekiranya seseorang itu ingin kongsikan pautan berkenaan penyakit tersebut.

Langkah yang dilakukan oleh Facebook ini sememangnya dapat membantu menapis berita lama daripada diguna semula oleh pengguna Facebook. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: engadget

Exit mobile version