Site icon TechNave BM

Facebook membuat pusingan U terhadap keputusannya mengadakan iklan di WhatsApp

Pada bulan Mei tahun lalu, Facebook telah mengumumkan langkah permulaan untuk menjual iklan di WhatsApp pada tahun 2020. Namun, syarikat tersebut sepertinya membuat keputusan untuk tidak meneruskan rancangan tersebut. Facebook telah membubarkan kumpulan yang pada mulanya ditugaskan untuk projek ini dan membuang semua pengekodan dari aplikasi itu.

Menurut Engadget, Facebook terdahulu ingin memasukkan iklan ke dalam ‘Status’ pengguna WhatsApp biasa dan WhatsApp Business seperti yang dilakukan Instagram terhadap ‘Stories’. Terkini, Facebook telah menghentikan rancangan ini. Apa pun, keputusan ini bukan keputusan tetap kerana syarikat tersebut mungkin masih ingin memperkenalkan pengiklanan dalam sistem permesejan kelak. Berdasarkan pandangan kami, tidak mungkin Facebook akan melepaskan peluang menjana duit melalui platform dengan pengguna yang ramai.

Dengan kesemua yang dinyatakan di atas, apakah pendapat anda mengenai iklan di WhatsApp? Adakah anda rela atau adakah anda akan memadam aplikasi jika ianya terjadi? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita aplikasi terkini di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version