Site icon TechNave BM

Facebook memohon maaf kepada Presiden China, Xi Jinping atas kesalahan menterjemahkan nama kepada carutan

Facebook merupakan laman media sosial terluas yang digunakan oleh segenap penduduk dunia. Perkongsian daripada pelbagai aspek mungkin merupakan sebab utama atas usaha Facebook untuk menterjemahkan perkongsian agar dapat dibaca oleh kesemua pengguna.

Terkini, teknologi penterjemahan moden oleh Facebook telah mencetuskan satu isu. Menurut Engadget, Facebook telah memohon maaf atas isu penterjemahan nama Presiden China, Xi Jinping. Isu ini dikatakan sebagai isu teknikal yang berpunca daripada ketiadaan nama Xi Jinping dalam data penterjemahan Burma. Penterjemahan Xi Jinping kepada “Mr. Shithole” ditemui oleh pengguna Facebook. Perkataan yang bermula dengan “xi” atau “shi” juga menjurus kepada “shithole“.

Sumber juga melaporkan bahawa Facebook akan memperbaiki isu ini secepat mungkin. Bagi pandangan kami, isu ini tidak sepatutnya terjadi kerana Xin Jinping dikenali di serata dunia dan Facebook perlu mengemaskini datanya.

Adakah anda pernah mengalami isu penterjemahan yang salah melalui Facebook? Beritahu pengalaman anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Malaysia untuk berita teknologi hangat dan terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version