Site icon TechNave BM

Facebook menyekat iklan yang kononnya boleh menjadi penawar kepada wabak Covid-19

Terdahulu, Facebook telah menggunakan rangkaian penyemak-pantas global untuk membantu memeriksa kandungan pada platform dan menyingkirkan kandungan palsu. Jika kandungan tersebut palsu, platform tersebut akan mengehadkan penyebarannya.

Walau bagaimanapun, taktik penyebar maklumat palsu mahupun peniaga yang menggunakan Covid-19 sebagai umpan untuk jualan mula berleluasa. Facebook kini mengambil langkah lebih berhati-hati dengan iklan atau perkongsian yang dipromosikan berkenaan Covid-19. Dalam erti mudah, Facebook akan menyekat apa sahaja yang menyatakan tentang pemulihan wabak Covid-19.

Tidak terhad kepada iklan yang mendakwa tentang penawar atau vaksin kepada Covid-19, Facebook turut memerhati penyenaraian apa-apa ubatan tambahan (supplement) melalui Marketplace yang kononnya boleh menjadi penawar kepada wabak tersebut. Apa pun, sumber turut melaporkan menurut Wall Street Journal, firma yang dikenali sebagai Moderna telah mencipta vaksin eksperimental Covid-19 yang akan tersedia untuk diuji kepada manusia. Firma tersebut telah mula memberikan sampel kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk kajian lanjut.

Adakah anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk pencegahan wabak ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR | Wall Street Journal

Exit mobile version