Site icon TechNave BM

Facebook Messenger kini menyokong penyulitan hujung-ke-hujung untuk panggilan suara dan video

Di pautan blog terkini, Facebook Messenger mengumumkan bahawa ia akan perkenalkan ciri keselamatan baru pada panggilan suara dan videonya. Menurut Facebook, penggunaan aplikasi perbualan ini telah meningkat dengan drastik, sehingga 150 juta panggilan video setiap hari.

Facebook Messenger akan menawarkan pilihan untuk penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) pada panggilan suara dan video. Ciri ini tidak akan ditambah secara automatik, jadi pengguna perlu membuat pilihan untuk menggunakan ciri keselamatan baru ini. Penerima panggilan juga perlu melakukan perkara yang sama.

Selain itu, ciri ‘Disappearing messages’ juga akan di kemas kini dengan kawalan yang baru. Pengguna boleh memilih mesej untuk hilang dalam masa 5 saat atau selama 24 jam.

Pada masa hadapan, Messenger mungkin akan menawarkan penyulitan hujung-ke-hujung pada perbualan dan panggilan kumpulan. Terdapat juga percubaan ciri ini untuk Direct Message (DM) di aplikasi Instagram.

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai hal ini Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version