Site icon TechNave BM

Facebook Messenger lancarkan penyulitan hujung-ke-hujung, pemberitahuan tangkapan skrin

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg (melalui The Verge), Facebook Messenger kini menambah ciri baharu untuk sembang disulitkan hujung ke hujung. Ciri ini termasuk pemberitahuan jika seseorang merakam tangkapan skrin mesej yang hilang. Mereka juga menambahkan GIF, pelekat dan reaksi pada sembang yang disulitkan juga.

Sebagai contoh, anda boleh ikut serta dalam sembang dengan selamat atau klik ikon kunci apabila anda memulakan sembang baharu. AUntuk memajukan atau membalas sembang, anda boleh menekan mesej tersebut dan pilih untuk tindakakan seterusnya. The Verge menyatakan bahawa sembang yang disulitkan kini menyokong lencana yang disahkan supaya orang ramai boleh mengenal pasti akaun yang sahih.

Akhir sekali, terdapat pemberitahuan tangkapan skrin gaya Snapchat baharu. Jika anda berada dalam sembang yang telah disulitkan dan mengambil tangkapan skrin, Messenger akan memberitahu pengguna lain dalam kumpulan sembang bahawa tangkapan skrin telah diambil.

Dengan penambahbaikan mengenai E2EE (end-to-end encrypted), Meta turut merancang untuk membuat semua sembang disulitkan menjelang 2023 apabila ia menggabungkan perbualan Instagram dan Messenger.

Pada mulanya, Meta menjanjikan sembang disulitkan menjelang 2022 akan tetapi mereka tidak bercadang untuk membuat pelancaran secara global sehingga pada tahun 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5Mac 

Exit mobile version