Site icon TechNave BM

Facebook mula gabungkan Instagram dan Messenger dalam kemas kini terbaru

Facebook mula menggabungkan sistem perbualan antara Instagram dan Facebook Messenger dalam kemas kini terbaru mereka.

Apabila anda kemas kini aplikasi Instagram, ikon mesej terus (Direct Message) pada bahagian kanan atas akan diganti dengan logo Facebook Messenger. Perbualan dalam aplikasi Instagram kini dilihat lebih berwarna-warni dari sebelum ini dengan warna mesej yang bertukar dari warna biru dan ungu sewaktu anda meleret (scroll) perbualan-perbualan anda.

Facebook dikatakan sedang membina sistem infrastruktur untuk membolehkan pengguna hanya guna salah satu aplikasi mereka iaitu Facebook Messenger, Instagram atau WhatsApp untuk berbual dengan rakan mereka antara aplikasi-aplikasi yang popular ini. CEO Facebook, Mark Zuckerberg juga telah menyatakan beliau inginkan sistem ini untuk disulitkan (encrypted) dari hujung ke hujung untuk keselamatan yang lebih baik.

Dengan menggabungkan aplikasi popular mereka, Facebook mungkin boleh bersaing dengan sistem perbualan Apple, iMessage. Facebook telah memperoleh Instagram dengan harga 1 billion dollar pada tahun 2012, dan membeli WhatsApp dengan harga 19 billion dollar pada tahun 2014.

Buat masa kini, kemas kini ini hanyalah untuk aplikasi Instagram pada sesetengah pengguna khas di lokasi tertentu sahaja. Adakah kemas kini terbaru ini akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version