Site icon TechNave BM

Facebook perkenalkan mod gelap dalam antara muka baru untuk pengguna di seluruh dunia

Facebook hari ini mengumumkan bahawa antara muka (user interface, UI) baru boleh diakses oleh pengguna di seluruh dunia bermula hari ini. Mungkin perbezaan yang paling ketara dalam UI baharu ini adalah pengenalan Mod Gelap (Dark Mode) untuk penggunanya.

Mod Gelap menampilkan warna hitam dalam hampir keseluruhan UI Facebook bagi mengurangkan kesan silau cahaya kepada mata.

Selain itu, rekaan UI baru ini juga membawa ikon dan teks yang lebih besar, ruangan Suapan Berita (News Feed) yang lebih kecil dan perubahan posisis beberapa fungsi.

Untuk menggunakan UI baharu ini dan Mod Gelap, klik pada butang anak panah di bahagian atas kanan skrin dan kemudian klik pada Switch to New Facebook. Dengan langkah yang sama juga, anda boleh menghidupkan atau mematikan Mod Gelap.

Adakah anda menyukai Mod Gelap dan UI Facebook baru ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Newsroom

Exit mobile version