Site icon TechNave BM

Facebook, Razer, LG – Kini Apple juga mengehadkan pekerjanya ke China berikutan coronavirus

Terkini, sumber melaporkan bahawa CEO Apple, Tim Cook mula mengehadkan pekerjanya ke negara China berikutan tercetusnya coronavirus. Bukan itu sahaja, Apple juga telah menutup satu kedai di tanah besar China. Waktu operasi juga dikurangkan untuk beberapa lokasi kedai di sana.

Usaha ini adalah kerana kehadiran penularan virus tersebut turut menganggu garis masa pengilangan syarikat teknologi. Sumber melaporkan bahawa Apple mengeluarkan pernyataan tentang kadar jualan di sekitar bandar Wuhan menurun kerana tercetusnya virus ini.

Terdahulu, sumber turut melaporkan bahawa Facebook, Razer dan LG juga mengehadkan lawatan pekerja ke negara China disebabkan penularan virus tersebut.

Adakah anda sudah mengetahui langkah pencegahan coronavirus? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version