Site icon TechNave BM

Facebook sedang menguji mod gelap untuk versi mudah alih

Facebook dengan mod gelap sudah pun boleh diakses melalui pelayar laman web komputer sejak bulan Mei lalu, jadi tunggu masa sahaja sebelum Facebook versi mudah alih dalam Android dan iOS bakal menawarkan fungsi yang sama. Kini beberapa pengguna melaporkan sudah pun boleh menggunakan aplikasi Facebook dengan mod gelap.

Facebook sudah mengesahkan kepada Social Media Today bahawa syarikat itu sedang menguji mod gelap dalam aplikasinya. Walau bagaimanapun, hanya jumlah kecil sahaja pengguna yang telah menerima fungsi itu dalam aplikasi Facebook mereka.

Sebelum ini, Facebook sudah pun menawarkan fungsi mod gelap dalam aplikasi yang berada di bawah naungannya seperti Instagram, Messenger dan WhatsApp. Masih tidak diketahui mengapa aplikasi utama Facebook masih tidak mempunyai mod gelap, namun memandangkan aplikasi tersebut digunakan oleh jumlah orang yang sangat ramai, mungkin syarikat tersebut ingin melakukannya secara perlahan-lahan bagi memberikan mod gelap yang stabil.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah tidak sabar menggunakan aplikasi Facebook dalam mod gelap dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Social Media Today

Exit mobile version