Site icon TechNave BM

Facebook sekat akaun yang tidak aktifkan ciri “Facebook Protect”

Pada awal bulan Mac, ramai pengguna Facebook menerima e-mel ganjil daripada Facebook yang bertajuk “Akaun anda memerlukan keselamatan lanjutan daripada Facebook Protect.” Selain itu, e-mel tersebut memerlukan pengguna untuk menghidupkan pengesahan dua faktor Facebook iaitu salah satu ciri Facebook Protect.

Untuk memudahkan proses, e-mel tersebut menyertakan pautan bagi pengaktifannya. Selain itu, Facebook memberikan tarikh akhir dan memberi amaran bahawa jika tidak memenuhi syarat tersebut, akaun mereka akan disekat. Sesetengah pengguna sedang dipantau oleh penggodam.

Facebook berkata bahawa ini ialah program keselamatan untuk kumpulan orang yang lebih cenderung menjadi sasaran penggodam yang berniat jahat seperti pembela hak asasi manusia, wartawan dan pegawai kerajaan. Jadi untuk melindungi akaun mereka, Facebook memerlukan mereka untuk mengaktifkan ciri Facebook Protect.

E-mel telah dihantar kepada pengguna dari alamat security@facebookmail.com. Sekatan bermula pada 17 Mac lalu dan keesokan harinya heboh di pelbagai forum perbincangan mengenai ramai pengguna Facebook tidak dapat log masuk ke akaun mereka.

Namun, terdapat beberapa kes di mana pengguna yang sudah mengaktifkan ciri ini juga disekat akaunnya dan terdapat isu dalam kod 2FA. Walau bagaimanapun, Facebook sedang dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh terdekat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version