Site icon TechNave BM

Facebook tambah fungsi baru dalam Messenger Rooms untuk panggilan video yang lebih menarik

Selepas Facebook memperkenalkan perisian sembang Messenger Rooms pada bulan April lalu, Facebook hari ini memperkenalkan beberapa fungsi baru bagi menarik lebih ramai orang untuk menggunakan Rooms pada waktu pandemik ini. Antara fungsi baru yang menarik adalah antara muka (interface) baru yang membolehkan pengguna untuk cipta Rooms melalui Facebook Messenger.

Pengguna kini boleh mencipta, berkongsi, menguruskan atau menyertai ruangan Rooms melalui aplikasi Messenger sahaja. Pencipta Rooms boleh mengajak pengguna lain untuk menyertai Room mereka atau membuang Rooms yang tidak lagi aktif.

Bagi mereka yang suka untuk mencantikkan panggilan mereka, Rooms juga memperkenalkan penapis pencahayaan (lighting filters) dan latar belakang yang boleh ditukar dengan gambar atau video pendek yang dipilih oleh pengguna sendiri. Fungsi-fungsi ini telah pun diperkenalkan dalam perisian panggilan video lain seperti Zoom sebelum ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah pun menggunakan Messenger Rooms dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Messenger News

Exit mobile version