Site icon TechNave BM

Facebook, Twitter berani buang video dari Trump selepas mendapat keluhan ibubapa

Semalam, Facebook dan Twitter telah membuang sebuah video yang dimuat naik oleh presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas video tersebut mendapat keluhan dan tuntutan hak cipta.

Video tersebut menunjukkan dua bayi yang berbeza warna kulit lari ke arah yang sama untuk sebuah pelukan. Video asalnya adalah comel dan tidak mendatang sebarang masalah. Namun, video yang sama diolah oleh pihak Trump untuk menyebarkan propaganda yang ingin menunjukkkan bahawa masalah keganasan polis dan perkauman sistematik hanyalah sesuatu yang dibesar-besarkan.

Mengikut pelantar berita utama di Amerika Syarikat, CNN, sebab utama video itu dibuang oleh Twitter dan Facebook adalah disebabkan keluhan hak cipta dari ibu bapa kepada bayi di dalam video tersebut.

Sebelum video itu dibuang, ia sudah mendapat tontonan sehingga 4 juta di Facebook dan 20 juta tontonan di Twitter.

Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sensasi terkini.

Sumber: Mashable

Exit mobile version