Site icon TechNave BM

Facebook uji ciri baharu yang membenarkan pengguna membuat sehingga 5 profil

Facebook sedang menguji ciri baharu di mana pengguna boleh membuat sehingga lima profil. Inisiatif ini sepertinya untuk menggalakkan pengguna semasa kekal di platform Facebook dan bukannya beralih ke platform media sosial lain.

Menurut sumber, Facebook sedang menguji ciri ini dengan membenarkan setiap pengguna untuk membuat sehingga empat profil yang boleh ditukar. Sebagai contoh, setiap profil tambahan boleh digunakan untuk kumpulan rakan atau rakan sekerja yang berbeza, kumpulan peminat dan sebagainya. Ia kelihatan seperti halaman perniagaan melalui Facebook tetapi lebih ke arah peribadi. 

Jurucakap Facebook, Leonard Lam berkata bahawa profil masih tertakluk kepada dasar syarikat.  Sekiranya salah seorang pengguna telah melanggar salah satu profil, keseluruhan akaun akan mendapat masalah. Tambahan lagi, fungsi baharu ini membolehkan anda menukar nama kecuali untuk memasukkan nombor atau nama khas.

Sumber mengatakan bahawa buat pertama kali dalam sejarah Facebook, syarikat itu kehilangan pengguna harian pada suku keempat 2021. Majoriti kumpulan adalah generasi muda yang beralih ke platform TikTok.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version