Site icon TechNave BM

Facebook Watch mungkin membolehkan anda menonton video muzik artis kesukaan anda

Fungsi Watch di laman sosial media terkenal Facebook membenarkan anda menerokai video-video yang dimuat naik ke dalam Facebook. Terkini, Facebook bakal membenarkan pengguna melihat video muzik di lamannya tanpa perlu ke tetingkap yang lain.

Menurut engadget, Facebook sedang dalam proses berunding dengan Universal Music Group, Sony Music dan Warner Music Group. Tambahan daripada Bloomberg, rundingan ini dipercayai bertujuan untuk mendapatkan hak bagi video muzik. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat rakaman turut mendesak Facebook agar berkolaborasi bersama YouTube yang mana mungkin dapat menarik lebih banyak tontonan umum.

Setakat ini, ciri Watch di dalam Facebook telah menarik 720 juta pengguna setiap bulan. Dengan jumlah pengguna yang ramai, Facebook masih berharap untuk dapat menarik lebih lagi pengguna.

Fungsi Watch di Facebook

Adakah Facebook Watch boleh mengalahkan YouTube? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita laman media sosial selanjutnya.

Sumber: engadget | Bloomberg

Exit mobile version