Site icon TechNave BM

Fahami kelajuan internet anda, apakah perbezaan Mbps, MBps dan MB/s?

Kami percaya semua pengguna sudah biasa melihat terma seperti Mbps, Mb/s, MBps, MB/s dan lain-lain. Terma seperti ini dilihat mungkin ketika pemasangan internet, pembelian penghala (router) baharu dan sebagainya.

Terma yang seakan sama ini mungkin mengelirukan sesetengah pengguna. Apakah perbezaan terma-terma tersebut? Kami akan maklumkan kepada anda!

Unit Mbps = Mb/s dan MBps = MB/s

Secara ringkasnya, nilai setiap unit mempunyai perbezaan walaupun beza yang dapat dilihat dengan mata kasar hanya pada saiz huruf. Ketahui maklumat mengenai unit-unit ini iaitu Bait (Byte), bit (bit) adalah seperti di bawah:

Bit ialah unit terkecil dan Bait pula terdiri daripada 8 bit. 1 Bait = 8 bit. Seberapa banyak bit dan Bait yang boleh dipindahkan dalam sesaat boleh dipaparkan melalui penggunaan Bait/s, bit/s. Secara mudahnya, ia boleh diformulakan contohnya sebegini; 8Mbps = 8Mb/s = 1MB/s/.

Mbps adalah bersamaan dengan Mb/s, manakala MBps bersamaan dengan MB/s.

Kenapa guna Mbps, bukan MBps untuk kelajuan rangkaian?

Kita semua tahu bahawa komputer menggunakan bit dan Bait sebagai unit pengiraan, dimana bit ialah unit terkecil dalam identifikasi maklumat komputer. Unit lebih besar ialah Bait (bait).

Mbps (megabit sesaat) digunakan untuk merujuk kepada kelajuan muat turun dan muat naik. MBps (megabait sesaat) pula digunakan untuk merujuk kepada saiz fail atau jumlah data yang dipindahkan. Jadi, kelajuan internet kita merujuk kepada Mbps, bukan MBps.

Huruf kecil ‘b’ dan huruf besar ‘B’ ada makna yang berbeza

Kami percaya anda sudah memahami apa yang telah diterangkan. Walaupun dengan huruf ‘b’ yang sama, namun ‘b’ dan ‘B’ menandakan makna yang berbeza.

Contohnya, anda melanggan pelan internet 100Mbps. Secara teorinya, anda akan mendapat kelajuan muat turun 12.5 MB/s. Oleh kerana beberapa faktor semasa memuat turun seperti cuaca dan gangguan teknikal, kelajuan muat turun sebenar dikurangkan sekitar kepada 10 MB/s sahaja.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita dan maklumat teknologi khas untuk anda.

Exit mobile version