Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah dipinda bagi memberi fokus kepada isu-isu jenayah dalam talian seperti pedofilia, scam dan judi. Jenayah-jenayah ini akan dikenakan hukuman yang lebih berat seperti yang diluluskan di Parlimen pada 9 Disember lalu.
Jelas beliau, beberapa perkata yang dahulu ditakrifkan sebagai “jelik”, kini dipanggil sebagai “jelik melampau” supaya ia lebih khusus dan tidak terlalu luas seperti dahulu. Pindaan ini turut menyertakan huraian-huraian yang boleh digunakan untuk hujah yang lebih jelas di mahkamah, sama ada pada pihak pembelaan atau pendakwaan.
Pindaan ini telah berkuat kuasa sejak Selasa lalu dan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat untuk para pengguna. Dalam pada itu, beliau terus mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang maklumat yang diterima dalam media sosial dan elakkan daripada menyebarkan berita palsu.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

