Site icon TechNave BM

Fahmi dan Meta bakal bersua di Singapura untuk bincang strategi perangi berita palsu, salah maklumat

Pertemuan Kementerian Komunikasi dengan Meta Platforms Inc (Meta) dan wakil platform media sosial lain yang dijadualkan diadakan di Singapura bulan depan akan membincangkan komitmen kerajaan untuk memerangi berita palsu dan salah maklumat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pertemuan itu akan berlangsung semasa lawatan rasminya ke republik itu pada pertengahan Jun. Fahmi berharap usaha ini dapat memastikan keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak dan keluarga.

Selain Meta, mesyuarat itu juga akan merangkumi wakil platform media sosial yang lain. Fahmi turut menyeru orang ramai untuk menggunakan kecerdasan buatan sepenuhnya kerana dapat meningkatkan produktiviti kerja harian.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version