Site icon TechNave BM

Fahmi Fadzil: Tiada caj tambahan untuk mendapatkan akses 5G

Syarikat telekomunikasi tidak akan mengenakan caj tambahan kepada pelanggan untuk mengakses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi telah memaklumkan keputusan mereka mengenai perkara ini.

Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan dalam memilih pelan dan perkhidmatan tambahan mengikut kesesuaian penggunaan individu. Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan peranti yang mereka gunakan menyokong rangkaian 5G.

Fahmi dilaporkan berkata liputan rangkaian 5G di Malaysia ialah 73% pada November lalu. Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi jika mereka mengenakan bayaran tambahan untuk mengakses perkhidmatan 5G.

Fahmi turut menggesa semua pengendali rangkaian mudah alih memberi perhatian serius terhadap semua masalah berkaitan telekomunikasi yang disuarakan oleh rakyat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version