Site icon TechNave BM

Fahmi: Seramai 31,092 orang telah membeli kad SIM RM5 sebulan

Seramai 31,092 orang telah membeli kad SIM RM5 sebulan yang ditawarkan melalui pelan internet mudah alih prabayar Pakej Perpaduan sejak ia dilancarkan pada 28 Februari lalu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam catatan ringkas di laman Facebook rasminya.

“Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban golongan yang mudah terjejas dan membolehkan mereka mengakses internet dengan harga yang murah,” katanya dalam catatan itu. Pakej itu dilancarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40), warga emas dan orang kurang upaya.

Ia bagi membantu golongan ini mendapatkan akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi sekali gus merapatkan jurang digital antara rakyat Malaysia. Pakej tersebut ditawarkan oleh lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan, layari laman rasmi penyedia perkhidmatan telko di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version