First Ambulance Services Sdn. Bhd. (FAS) dan YTL Communications Sdn. Bhd. (YTLC) mengumumkan perkongsian strategik mereka hari ini yang akan meningkatkan penjagaan kesihatan kecemasan untuk rakyat Malaysia.
Kerjasama antara kedua-dua syarikat itu bertujuan untuk menyediakan penjagaan kecemasan yang dipertingkatkan melalui perkhidmatan Ambulans Pintar YES 5G yang membolehkan kes penggunaan baharu seperti telemetri jarak jauh diagnostik dan pengimejan selain perkhidmatan teleperubatan berkuasa Realiti Lanjutan (XR).
Dengan Wi-Fi dalam kenderaan daripada YES Fleet, FAS dapat menghantar maklumat dan diagnostik pesakit ke hospital daripada ambulans. Steven Penafort, Pengarah Urusan FAS mengatakan bahawa sebagai syarikat yang dipacu data, beliau teruja untuk menggunakan jalur lebar yang tinggi dan kependaman rendah sambungan 5G untuk transit data kesihatan.
Penghantaran maklumat adalah seperti telemetri EKG dan imej ultrasound kepada doktor penjagaan kecemasan sementara ambulans sedang dalam perjalanan ke hospital untuk meningkatkan masa rawatan secara mendadak dan kesediaan hospital untuk menjaga pesakit semasa ketibaan.
Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications mengatakan bahawa penggunaan 5G membolehkan kemungkinan baharu seperti penstriman masa nyata ultrabunyi dan telemetri EKG yang pertama di Malaysia.
Prestasi tinggi 5G juga akan membolehkan satu lagi pelaksanaan pertama di Malaysia Extended Reality (XR) untuk membolehkan doktor memberikan panduan masa nyata kepada juruteknik dalam ambulans. Inovasi ini akan meningkatkan kelajuan dan ketepatan penjagaan kecemasan serta menyelamatkan nyawa.
Kerjasama ini adalah selaras dengan visi Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti keseluruhan perkhidmatan perubatan kecemasan di Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

