Site icon TechNave BM

FDA melaporkan penggunaan telefon pintar tidak menyebabkan kanser

Masihkah anda ingat tentang artikel-artikel yang dihebahkan tentang penggunaan telefon pintar yang boleh menyebabkan kanser? Jika anda mempunyai persoalan mengenai hal tersebut, berita ini mungkin menjawab sedikit sebanyak persoalan anda.

Terkini, Food and Drug Administration (FDA) melaporkan bahawa tiada risiko kesihatan yang boleh didapati melalui gelombang radio daripada telefon pintar. Laporan ini sekaligus menjadi jawapan kepada artikel yang mendakwa gelombang radio telefon pintar boleh mengancam kesihatan.

Rangkaian yang semakin meluas termasuklah kewujudan 5G mungkin bakal menimbulkan artikel yang mendakwa tentang ancaman kesihatan. Namun, anda kini boleh memberi pendedahan dengan laporan terbaru FDA ini. Terdahulu, satu kajian oleh U.S National Toxicology Program memperlihatkan tikus yang terdedah dengan radiasi elekromagnetik mendapat tumor. FDA menemui kekurangan pada kajian ini, menyatakan bahawa hasil kajian tidak dapat dikaitkan dengan manusia.

Adakah anda pernah membaca artikel yang mendakwa telefon pintar atau alat teknologi boleh menyebabkan kanser? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version