Site icon TechNave BM

Filem ditunggu ramai A Quiet Place 2, Top Gun Maverick, Disney Mulan ditunda ke tahun hadapan

Kami tahu anda pasti kecewa setelah membaca tajuk ini sahaja. Terkini, GSC dan TGV telah memaklumkan mengenai tayangan beberapa filem yang ditunda sehingga ke tahun hadapan.

Antara filem yang ditunda adalah A Quiet Place 2, Top Gun Maverick dan Disney Mulan. Filem-filem ini telah lama menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat filem luar negara. Sumber rasmi juga sebenarnya telah lama memuat naik pratonton video acahan (trailer) filem-filem tersebut.

Sumber: Walt Disney
Sumber: Paramount Pictures
Sumber: Paramount Pictures

Filem A Quiet Place 2 ditunda sehingga 23 April 2021, manakala Top Gun Maverick ditunda sehingga 2 Julai 2021. TGV pula mengumumkan bahawa Disney Mulan ditunda ke tahun hadapan (tanpa tarikh tayangan seterusnya).

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat mengenai sebab sebenar penundaan filem-filem ini. Apa pun, kita pasti sudah boleh mengagak filem pada tahun ini kurang mendapat sambutan oleh kerana penularan COVID-19 yang masih berleluasa.

Filem manakah yang anda paling membuatkan anda tertunggu-tunggu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version