Site icon TechNave BM

Filem legenda Puteri Gunung Ledang akan ditayang di Netflix bermula 26 November ini

Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai filem Puteri Gunung Ledang yang pernah menjadi filem hangat semasa ianya mula ditayangkan. Filem yang dibintangi Dato’ M. Nasir dan Puan Sri Tiara Jacquelina ini akan mula ditayang di Netflix pada 26 November 2020.

Mungkin sebelum ini anda ada menonton di mana-mana laman penstriman lain atau memuat turun filem, tetapi tidak berpuas hati dengan resolusinya. Anda kini boleh menikmati tayangan filem Puteri Gunung Ledang di Netflix.

Terdahulu, babak Hang Tuah yang dibintangi Dato’ M. Nasir dalam filem ini pernah menjadi salah satu trend meme terhangat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Adakah anda peminat filem Puteri Gunung Ledang? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Netflix

Exit mobile version