Site icon TechNave BM

Filem Marvel Morbius, Uncharted, Ghostbusters: Afterlife antara yang ditukar tarikh tayangannya berikutan COVID-19

Kepada peminat filem yang dihasilkan oleh studio Sony, kami turut merasai kesedihan ini. Terkini, Sony mengumumkan bahawa terdapat perubahan besar kepada tarikh tayangan beberapa filem berikutan penularan COVID-19.

Apa pun, sekuel Spider Man baru, Far from Home buat masa ini kekal dengan tarikh tayangannya, 16 Julai 2021. Terdahulu, Warner Bros turut mengubah tarikh penayangan filem Wonder Woman 1984 bertarikh 5 Jun ke tarikh baru, 14 Ogos. Salah satu siri James Bond kegemaran netizen sepanjang masa, No Time to Die turut dianjakkan kepada bulan November. Senarai di bawah adalah filem yang telah dianjakkan ke tarikh baru.

Sebenarnya, tujuan anjakan tarikh ini adalah sebagai langkah proaktif dalam memberi kerjasama untuk membendung COVID-19, sekaligus syarikat tersebut melihat bahawa kemungkinan pawagam tidak akan dibuka dalam masa terdekat ini.

Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version