Jika anda meminati videografi mudah alih, anda mungkin tahu bahawa proses penyuntingan perlu dilakukan pada PC. Terdapat beberapa aplikasi pengeditan video tersedia tetapi aplikasi tersebut tidak lengkap atau berbayar.
Kini, pengguna iPhone mungkin tidak perlu risau tentang perkara tersebut kerana aplikasi Final Cut Camera tersedia untuk platform iOS. Ia tersedia kepada pengguna iPhone dengan iOS 17.4 atau lebih baru dan menariknya tiada langganan diperlukan. Malangnya, beberapa iPhone lama mungkin tidak serasi.
Untuk pengetahuan, aplikasi itu juga telah tersedia untuk iPad sejak tahun lepas melalui langganan berbayar. Persoalannya, apakah yang ditawarkan oleh Final Cut Camera dalam versi iOS percuma? Aplikasi ini akan menyediakan kawalan manual yang tepat seperti peleraian video, kadar bingkai, ISO, kelajuan pengatup dan banyak lagi.
Ia juga membolehkan anda memilih codec (seperti H.265 atau ProRes) untuk digunakan. Pengekodan warna log khas untuk pengguna siri iPhone Pro Max yang boleh merakam dengan penstabilan video atau segerakkan dengan sehingga empat iPad/iPhone melalui Live Multicam. Adakah anda telah mencuba Final Cut Pro pada iPhone anda?
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

