Site icon TechNave BM

Final Fantasy VII First Soldier, Ever Crisis bakal hadir di telefon pintar Android, iOS

Jika anda adalah peminat PlayStation, anda pasti sudah mengetahui pendedahan tayangan awal Final Fantasy VII (FF7) Remake Intergrade di State of Play. Bukan itu sahaja, pembangun Square Enix juga merancang untuk mengeluarkan dua game FF7 untuk peranti iOS dan Android: FF7 First Soldier dan FF7 Ever Crisis.

Pembangun telah mula menyatakan bahawa FF7 First Soldier bakal hadir dengan format Battle Royale. Selain memainkannya dengan cara Battle Royale, anda juga boleh membuat serangan pedang, aksi mantera magik dan menyeru penjaga seperti Ifrit, sama seperti yang dipaparkan dalam tayangan awal.

Untuk FF7 Ever Crisis, ia juga adalah sebuah pembikinan semula (remake), tetapi khusus untuk game mudah alih. Ia memfokuskan kepada pemain persendirian dengan babak dari dunia FF7 termasuklah nama game seperti Advent Children, Before Crisis, Crisis Core dan Dirge of Ceberus. Permainan ini juga menampilkan karakter versi chibi, tetapi mengikut grafik FF7 Remake semasa perlawanan.

FF7 First Soldier dijadualkan hadir pada tahun ini, manakala Ever Crisis mungkin hadir pada tahun 2022 di peranti Android dan iOS anda. Adakah anda berminat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version