Site icon TechNave BM

Final Fantasy VII ‘Remake’ jadi carian ‘trending’ dalam Pornhub minggu ini

Dengan pengeluaran Final Fantasy VII Edisi ‘Remastered’ yang sudah lama dinantikan pada minggu ini, pastinya minggu Perintah Kawalan Pergerakan ini menjadi minggu yang mengujakan untuk gamer. Minggu ini juga adalah minggu yang mengujakan untuk Pornhub kerana terdapat peningkatan trend dalam enjin carian mereka. Menurut pangkalan data, FFVII menjadi kata kunci yang paling dicari mencapai 7631%.

Jika anda mengenali game ini, tidak memeranjatkan jika karakter FFVII Tifa menjadi carian popular tinggi. Menyusuk di tempat kedua adalah Aeris, diikuti dengan Lightning daripada FFXII dan Yuna daripada FFX. Selain itu, statistik turut menunjukkan karakter game popular yang lain dalam enjin pencarian mereka. Ini termasuklah Overwatch dan Jill Valentine daripada Resident Evil 3 edisi ‘remastered’ terbaru yang turut mempelopori carta.

Sejujurnya, kami tidak boleh menyalahkan warganet yang mencuba untuk meneroka fantasi ini. Karakter fiksyen game ini agak menarik dan menjadi kesukaan gamer sejak zaman dahulu lagi pada tahun 90-an. Kekurangan kontak dengan manusia juga menyebabkan ada yang melawati laman sebegini.

Kekal berada di rumah, jaga kesihatan dan sentiasa basuh tangan anda (tiada makna tersembunyi). Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com.

Exit mobile version