Site icon TechNave BM

Final Fantasy VIII Remastered kini sedia dimuat turun melalui iOS, Android berharga RM69.90

Jika anda membesar dengan siri Final Fantasy pada zaman 1990-an, anda mungkin pernah bermain Final Fantasy VIII. Anda masih boleh memainkannya di platform khas seperti Steam atau PlayStation, namun anda kini sudah boleh menikmati game di telefon pintar pintar.

Square Enix kini sudah mengeluarkan Final Fantasy VIII Remastered kini sudah sedia dimuat turun di peranti mudah alih anda. Game ini tersedia di Google Play Store dan Apple App Store pada harga RM69.90 (selepas diskaun). Ia akan kembali ke harga asal pada 4 April 2021.

Untuk pengetahuan anda, game versi mudah alih ini masih tidak mempunyai sokongan alat kawalan. Namun, ia dijangka hadir pada masa akan datang. Terdapat beberapa ciri menarik dalam versi Remastered ini, jadi anda boleh melihatnya di gedung aplikasi anda sendiri. Anda juga boleh melihat laman bantuan FAQ untuk maklumat lanjut.

Adakah anda berminat untuk memuat turun Final Fantasy VIII Remastered versi mudah alih? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version