Site icon TechNave BM

Fon kepala Sony WH-1000XM5 didedahkan, bakal dilancar pada 12 Mei

Poster promosi Sony UK mengenai fon kepala Sony WH-1000XM5 menunjukkan peranti tersebut akan dilancarkan pada 12 Mei. Walaupun tiada maklumat mengenai model WH-1000XM5, kami menjagka imej yang didedahkan selaras dengan dalam poster promosi tersebut.

Sony WH-1000XM5 akan menyokong sambungan melalui bicu fon kepala, Bluetooth 5.2 dan boleh bertahan sehingga 40 jam dengan keupayaan pengecasan pantas. Beberapa spesifikasi telah didedahkan termasuk boleh dicas sepenuhnya dalam masa 3.5 jam. Ia dijangka berupaya menyampaikan audio yang jelas dengan ciri pembatalan hingar dijangka dan reka bentuk yang selesa. 

Buat masa ini, Sony masih belum mengeluarkan spesifikasi rasmi untuk WH-1000XM5. Kami masih tidak mengetahui harga dan ketersediaan produk untuk pasaran global. Walau bagaimanapun, Sony dijangka akan mengekalkan tawaran yang sama seperti fon kepala Sony yang sebelum ini. 

Ia mungkin membawa harga yang kompetitif dan berpatutan dengan beberapa peningkatan daripada model sebelum ini iaitu Sony XM3. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version