Site icon TechNave BM

Fon telinga Nothing ear (1) Stick mungkin dilancar bersama phone (1) pada 12 Julai nanti

Pada 12 Julai nanti, Nothing akan melancarkan telefon pertamanya iaitu phone (1). Nampaknya, ia akan turut membawa beberapa peranti lain. Mukul Sharma telah mendedahkan beberapa gambar fon telinga Nothing ear (1) TWS yang kelihatan hampir sama dengan model sedia ada.

Sudah hampir setahun Nothing mengeluarkan fon telinga TWS dan kini, ia membawa sedikit perubahan. Fon telinga baharu ini membawa nama ear (1) Stick dengan reka bentuk dua titik di bahagian bawah dan bukannya satu titik menggantikan keluaran ear (1).

Sarung telinga kelihatan berbeza membawa reka bentuk seperti kayu. Daripada segi reka bentuk, tidak banyak perubahan yang dilihat  tetapi spesifikasi yang lain mungkin sama seperti ear (1). Berkemungkinan, peranti ini akan dilihat semasa acara pada 12 Julai nanti.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version