Site icon TechNave BM

Fon telinga Samsung Galaxy Buds Pro 2 mungkin hadir dalam tiga varian warna

Samsung bakal melancarkan Galaxy Buds Pro generasi kedua yang kini sudah pun memasuki pengeluaran besar-besaran. Menurut SnoopyTech, Buds Pro kali ini membawa tiga warna iaitu Zenith Bora Purple, Zenith Graphite dan Zenith White.

Pada dasarnya, ia hadir dalam warna ungu, kelabu dan putih. Ia mungkin tidak menampilkan reka bentuk baharu tetapi serupa dengan Galaxy Buds 2. Walau bagaimanapun, mereka harus membawa peningkatan dalam kualiti audio, prestasi Pembatalan Bunyi Hingar (ANC) dan hayat bateri.

Galaxy Buds dijangka dilancarkan pada awal Julai 2022, tetapi terdapat sumber lain yang mengatakan bahawa ia mungkin dilancarkan bersama Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4. 

Samsung mempunyai banyak produk yang akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Tambahan pula, Samsung Galaxy Watch 5 mungkin dilancarkan bersama peranti boleh lipat pada bulan Ogos ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version