Site icon TechNave BM

Fon telinga Xiaomi Mi FlipBuds Pro bakal lancar 13 Mei ini, dilengkapi ciri ANC!

Semalam, Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan fon telinga wayarles terbaru mereka yang dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif (ANC) pada 13 Mei ini. Hari ini, mereka pula menunjukkan beberapa gambar rasmi peranti tersebut bersama nama rasminya.

Fon telinga baru Xiaomi ini bakal hadir dengan nama Mi FlipBuds Pro. Fon telinga Mi FlipBuds Pro ini berbentuk seperti Apple AirPods Pro, manakala bekas pengecasnya dilihat seperti HUAWEI FreeBuds Pro.

Gambar rasmi dari Xiaomi menunjukkan bahawa bekas pengecas Mi FlipBuds Pro ini mempunyai logo baru Xiaomi, bukan lagi tulisan ‘mi’ yang sering kali dijumpai di fon telinga Xiaomi yang lama. Ia juga dilihat mempunyai lampu LED di hadapannya.

Mi FlipBuds Pro dikatakan akan mempunyai ciri pengurangan bunyi sehingga 40db. Untuk spesifikasi lain, ia kekal sebagai sebuah misteri.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ni di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version