Site icon TechNave BM

foodpanda bekerjasama dengan Media Prima dan kerajaan negeri untuk memperkenalkan E-Iftar

Syarikat aplikasi penghantar makanan, foodpanda, memperkenalkan E-Iftar iaitu sebuah inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia menikmati juadah berbuka puasa sewaktu berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghubungkan mereka dengan lebih 200 peniaga makanan.

foodpanda telah bekerjasama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima dan beberapa kerajaan tempatan seperti Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Hang Tuah dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melancarkan inisiatif ini.

Antara juadah yang boleh didapati dalam E-Iftar ialah roti John, kuih-muih, murtabak, ayam percik dan banyak lagi. Para pelanggan foodpanda boleh menikmati juadah-juadah Ramadan dengan mencari di swimlane E-Iftar untuk memesan daripada peniaga-peniaga makanan yang berdekatan.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan juadah berbuka menggunakan E-Iftar foodpanda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version