Site icon TechNave BM

FoodPanda menetapkan kadar bayaran mengikut kadar permintaan

FoodPanda merupakan antara perkhidmatan penghantaran makanan yang terkenal di Malaysia. Sepanjang musim pandemik ini, kebanyakan rakyat Malaysia dikehendaki untuk duduk di rumah menyebabkan FoodPanda lebih sibuk berbanding sebelum ini. Menurut sumber, FoodPanda telah mengenalpasti beberapa lokasi di kawasan yang memerlukan perkhidmatan mereka dengan menaikkan kadar bayaran penghantaran makanan.

Aplikasi penghantaran makanan akan memaparkan ‘pop-up’ untuk memberitahu perubahan harga sebelum pengguna membuat pesanan. Mesej menyatakan “Bayaran penghantaran lebih tinggi berbanding biasa. Bayaran akan berkurangan jika permintaan semakin berkurangan”. Anda pasti pernah melihat mesej yang serupa di aplikasi e-hailing juga pada waktu puncak.

Pada masa ini, perubahan harga belum dilaksanakan di seluruh negara, berkemungkinan FoodPanda akan memperkenal kadar kenaikan bayaran di beberapa tempat pada masa akan datang. Sebelum ini, Grab juga telah melaksanakan usaha membolehkan pengguna mengutamakan pengiriman mereka dengan bayaran tambahan.

Kongsi pandangan anda mengenai artikel ini di Facebook kami dan ikuti Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNave

Exit mobile version