Site icon TechNave BM

foodpanda umumkan pandamart: Servis hantar barang runcit hanya 20 minit kini tersedia

Terkini, foodpanda telah mengumumkan mengenai perkhidmatan penghantaran barangan runcitnya yang terbaru, pandamart. Menurutnya, pandamart kini sudah tersedia di beberapa lokasi dan bakal dikembangkan di seluruh Malaysia pada tahun 2021.

Menariknya, perkhidmatan penghantaran barangan runcit pandamart ini bukan melalui mana-mana kedai runcit yang tersedia, tetapi barangan runcit yang disediakan oleh pandamart sendiri (gedung dikenali sebagai dark stores). Perkhidmatan penghantaran pandamart setakat ini boleh didapati di 25 lokasi sekitar Lembah Klang seperti di bawah:

  1. Bangsar
  2. Setapak
  3. Subang
  4. Ampang/Cheras
  5. Bukit Tinggi
  6. Bukit Jalil
  7. Petaling Jaya
  8. KLCC
  9. Puchong
  10. Balakong
  11. Kajang
  12. Setia Alam
  13. Kota Damansara
  14. Shah Alam
  15. Ara Damansara
  16. Selayang
  17. Sungai Buloh
  18. Cyberjaya
  19. Bayan Lepas
  20. Georgetown/Jelutong
  21. Perai/Bukit Mertajam
  22. Mount Austin
  23. Universiti Teknologi Malaysia
  24. Permas Jaya
  25. Mont Kiara

pandamart menawarkan masa penghantaran dalam 20 minit sahaja dengan penyediaan barangan runcit lebih 3,500 jenis termasuklah air mineral, roti, telur, ais krim, susu, barangan segar dan makanan ringan.

Untuk pengetahuan anda, caj penghantaran pandamart kini percuma selama empat bulan pertama! Selepas empat bulan dari sekarang, caj penghantaran adalah dari RM1 hingga RM2 bergantung kepada lokasi anda. Anda boleh mula memesan disini.

Perkhidmatan ini sebenarnya tersedia selama 24 jam, namun kini hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam sahaja (bergantung kepada kawasan PKPB). Anda juga boleh mengemukakan maklum balas jika ada produk yang rosak dan mendapat pulangan melalui aplikasi foodpanda.

Apakah pandangan anda mengenai initiatif yang lebih mudah untuk barangan runcit ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version