Site icon TechNave BM

Forza Street kini terdapat dalam versi mudah alih untuk Android dan iOS

Jika anda adalah peminat permainan video lumba kereta dalam peranti mudah alih anda, kini Forza Street telah dilancarkan untuk versi Android dan iOS. Forza adalah sebuah francais racing yang amat terkenal untuk konsol XBox, jadi Forza Street adalah sesuatu yang menarik buat industri gaming mudah alih.

Forza Street menampilkan perlumbaan dengan latar belakang Miami, Florida di Amerika Syarikat. Para pemain boleh berlumba untuk mendapatkan kereta baru dalam koleksi mereka dan menaik taraf kereta mereka. Selain itu, mereka juga boleh menyertai acara terhad Spotlight Events dan Themed Events untuk mendapatkan item istimewa.

Bagi mereka yang gemar bersaing pula, cabaran mingguan Rivals akan membenarkan mereka untuk melumbakan kereta dalam koleksi mereka dengan pemain lain untuk melihat siapakah yang akan mendapat tertinggi dalam rekod leaderboard.

Jika anda mula memainkannya sebelum 5 Jun, anda boleh mendapat kereta istimewa seperti Ford GT, Chevrolette Corvette dan lain-lain. Tentunya ini adalah alternatif yang menarik kepada Asphalt 9. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah memainkan Forza Street dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XBox News

Exit mobile version