Free Fire kini berkolaborasi dengan Red Bull menerusi kempen khas “Energy Unlocked” untuk komuniti pemain di Malaysia, Thailand dan Vietnam. Kerjasama ini menjadikan Red Bull sebagai penaja rasmi bagi Free Fire World Series Southeast Asia (FFWS SEA) 2025 untuk musim Spring dan Fall.
Kolaborasi turut memperkenalkan pelbagai item eksklusif bertemakan Red Bull dalam permainan termasuk Gloo Wall, beg, payung terjun dan hoodie. Menariknya, item EP mushrooms juga menerima penampilan semula dengan rekaan berinspirasikan Red Bull.
Kempen akan berlangsung dari 29 Oktober 2025 hingga 31 Januari 2026 dan pemain boleh mendapatkan barangan eksklusif Red Bull di kedai-kedai terpilih di seluruh rantau ini. Sebagai tambahan, edisi khas tin Red Bull EXTRA menampilkan dua watak popular Free Fire Hayato dan Tatsuya dalam kuantiti terhad di pasar raya dan kedai serbaneka terpilih.
Kongsi pendapat anda tentang kolaborasi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

