Site icon TechNave BM

FreeYond F9 dan FreeYond M5 dilancar di Malaysia: Telefon kelas permulaan jenama baharu, bermula RM399

Pada hari ini, sebuah jenama teknologi China, FreeYond, telah melancarkan beberapa produk pertamanya untuk pasaran Malaysia iaitu telefon pintar FreeYond F9 dan FreeYond M5, serta beberapa aksesori pintar.

Untuk mereka yang tidak mengenalinya, FreeYond adalah sebuah jenama teknologi yang berasal dari Shenzen, China dan ditubuhkan pada bulan Mei 2022. Setakat ini, ia telah memasarkan produknya ke lebih 90 negara di benua Afrika dan Amerika Selatan. Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan menjual produk FreeYond secara rasmi.

Buat masa ini, mereka hanya menawarkan telefon kelas permulaan sahaja, bermula daripada FreeYond M5 dan FreeYond F9. Kedua-dua telefon dijual pada harga yang sangat mampu milik dan dilengkapi spesifikasi lengkap untuk kegunaan harian.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

FreeYond F9

FreeYond M5

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jenama telefon baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version