Site icon TechNave BM

Freeyond taja BAM untuk sokong dan tingkatkan sukan badminton Malaysia

Fast Technology Sdn Bhd, pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia dan subsidiari milik penuh syarikat tersenarai di Papan ACE memeterai perjanjian penajaan satu tahun dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.

Perkongsian ini menunjukkan komitmen FreeYond untuk menyokong sukan badminton tempatan dan atlet di Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan dan sumber. Ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan inisiatif-inisiatif pembangunan baharu. 

Perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Presiden BAM dan Olympic Councial of Malaysia, dan Presiden Kehormat Badminton Asia, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria dan Pengarah Eksekutif Fast Energy Holdings Berhad, Encik Vincent Tan Wye Chuan. 

Pengarah Eksekutif Fast Energy, Encik Vincent Tan Wye Chuan berkata bahawa mereka bermatlamat untuk menyediakan pengguna pengalaman yang terbaik melalui rangkaian produk pintar syarikat itu. Dengan kejayaan Malaysia dalam sukan badminton, FreeYond mahu memainkan peranannya dalam menyokong BAM untuk lebih banyak kemenangan podium dan memberi inspirasi kepada belia negara.

Bagi mereka yang tidak tahu, produk FreeYond terkenal dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang baik seperti telefon pintar M5 dan F9 serta jam tangan pintar F1 mereka dan fon telinga stereo wayarles sebenar (TWS) Pods 1. Kedua-dua telefon pintar M5 dan F9 menampilkan skrin paparan definisi tinggi (HD) dan In-Plane Switching (IPS) serta dilengkapi dengan bateri 5,000mAh.

Kemudian, FreeYond Watch F1 dilengkapi dengan fungsi pengurusan kesihatan keseluruhan seperti pemantauan kadar jantung, penjejakan paras oksigen darah, penjejakan kualiti tidur dan banyak lagi manakala FreeYond TWS Pods 1 pula menampilkan pemacu 12mm untuk bunyi bass yang dipertingkatkan dan diafragma komposit kepekaan tinggi untuk menyampaikan audio yang jelas. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version