Site icon TechNave BM

Fujifilm bakal melancarkan Instax Mini 11 bersama X-T4 pada 26 Februari ini

Terdahulu, Fujifilm dikatakan bakal mengumumkan siri X terbarunya, X-T4 pada 26 Februari yang menyokong rakaman video 6K 10-bit pada kelajuan 60fps. Syarikat tersebut kini membawa sebuah lagi berita gembira untuk peminat Fujifilm Instax Mini.

Bakal berkongsi tarikh yang sama dengan pengumuman X-T4, Fujifilm Instax Mini 11 juga bakal dilancarkan bersama. Kami turut menemui beberapa gambar bocor Fujifilm Instax Mini 11 yang bakal hadir dengan konsep warna menggamit hati seperti versi dahulu.

Walaupun tiada maklumat spesifikasi mengenai Instax Mini 11 ini, tetapi berdasarkan Instax Mini 9 yang dilancarkan pada tahun lepas, kami menjangkakan prestasi Instax Mini 11 bakal dinaik taraf.

Adakah anda merupakan pengguna Instax Mini atau anda berminat untuk menyambar keluaran terbaru ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita liputan mengenai kamera terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: techradar | @nokishita_c

Exit mobile version