Site icon TechNave BM

Fujifilm INSTAX SQUARE SQ40 dan Mini EVO Brown dilancar di Malaysia bermula RM728

Hari ini, FUJIFILM Malaysia mengumumkan penambahan baharu kepada siri INSTAX iaitu INSTAX SQUARE SQ40 pada harga RM728. Selain itu, terdapat juga Pakej INSTAX Mini EVO Brown dan Nerdunit x INSTAX SQ40 Edisi Terhad pada harga RM928 dan RM888.

Menurut FUJIFILM, SQ40 merupakan kamera segera analog yang memaparkan reka bentuk kulit premium dan klasik. Filem format segi empat sama ‘SUNSET’, direka khas untuk SQ40 dengan warna dan tekstur yang sepadan. Kamera ini mempunyai fungsi ‘Pendedahan Automatik’ dengan pendedahan optimum untuk pemandangan tertentu dengan memutarkan lensa untuk menghidupkan kamera.

INSTAX SQUARE SQ40
INSTAX Mini EVO Brown

Selain itu, pengguna juga boleh menukar mod Selfie apabila mengambil swafoto dan gambar dekat dengan memutarkan lensa dan memutarkannya semula ke arah yang sama. Sementara itu, FUJIFILM bekerjasama dengan Nerdunit untuk melancarkan pakej Nerdunit x instax SQ40 Edisi Terhad di mana hanya sejumlah 100 set disediakan. Ia akan dijual secara eksklusif di laman web rasmi EC Nerdunit dan kedai runcitnya di Mid Valley Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kamera SQ40 baharu, anda boleh melayari portal web rasmi oleh FUJIFILM Malaysia di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version