Site icon TechNave BM

Fujifilm umumkan kamera Instax Pal bersaiz tapak tangan, berharga ~RM937

Fujifilm hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan set kamera digital Instax Pal yang direka khas untuk kanak-kanak pada akhir Oktober ini yang berharga AS$199.95 (~RM937). Kamera digital Instax Pal tidak mencetak sebarang foto dan ia juga tidak mempunyai pemidang tilik (viewfinder) terbina dalam.

Sebaliknya, ia mengeluarkan imej melalui aplikasi pada telefon yang kemudiannya boleh dicetak melalui pencetak mudah alih Instax Mini Link 2. Pakej ini juga termasuk pek filem Instax Mini. Instax Pal ditujukan untuk kanak-kanak, jadi segala-gala tentangnya direka untuk nampak “seronok”. 

Contohnya, anda boleh memperibadikan bunyi pengatup, menambah penapis, teks dan pelekat dalam aplikasi. Ia hadir dengan saiz yang kompak dan pemegang gelung boleh tanggal juga memudahkan tangan kecil untuk memegang. Sementara itu, seperti kamera segera Instax Mini Evo, kanak-kanak boleh memilih foto yang mereka mahu cetak. 

Ini adalah ciri yang paling disukai oleh ibu bapa kerana ia membantu kanak-kanak mengelakkan pembaziran filem mahal pada tangkapan yang gagal. Pal juga boleh merakam dari jauh melalui aplikasi, menyokong penangkapan selang waktu (3, 6, 11 atau 21 imej berturut-turut pada selang 3 saat) dan mempunyai denyar kecil untuk menerangi subjek.

Kongsi pendapat anda tentang Instax Pal ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version